Blog Cg Mior
Tuesday, 19 July 2016
KONSEP KENEGARAAN
Negara di takrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai sebuah kerajaan yang sistematik dari segi politik, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya.
Negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesuatu wilayah (kawasan) di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan (kerajaan)
Ciri-ciri sebuah negara
Sempadan (Wilayah)
- Merangkumi sempadan daratan, sempadan air dan sempadan udara.
- Penduduk adalah bermaksud orang yang tinggal di sesebuah negara yang telah di satukan oleh satu kesesamaan dan bersama-sama meniami sesuatu wilayah, mereka berkongsi beberapa persamaan seperti nilai sosial, ekonomi dan politik.
- Seseorang warganegara mempunyai tangungjawab terhadap negaranya.
- Seseorang warganegara harus akur peaturan atau undang-undang yang telah di tetapkan oleh negaranya.
Kerajaan (Pemerintah)
- Kerajaan berfungsi untuk mengurus segala hal yang berkaitan masyarakat (penduduk) di negara yang di perintahnya
- Kerajaan merupakan sebuah organisasi yang mengatur dan meminpin sesebuah negara.
- Kerajaan berperanan menguruskan dasar-dasar yang telah di gubal serta memastikan sesebuah negara stabil dan maju.
Jenis-Jenis Kerajaan
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan kesatuan
- Kerajaan konfederasi
- Kerajaan republik
- Kerajaan beraja
- Kerajaan demokratik
Kedaulatan (Kuasa)
- Bermaksud hak ekskutif untuk mengusai (mentadbir) sepenuhnya sesebuah kawasan (wilayah) serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.
- Kedaulatan adalah kuasa yang ada pada sesebuah negara untuk mengubal, menguatkuasakan dan melaksankan undang-undang
Subscribe to:
Posts (Atom)